LOS ANGELES, 25 Julai- Tue Nguyen menjadi pempengaruh di TikTok dengan memuat naik video dirinya memasak masakan Vietnam semasa COVID-19.
Setelah berakhir perintah kawalan pergerakan akibat COVID-19, bermula dengan aplikasi dalam talian, tukang masak muda itu mula menceburi ke bidang masakan secara lebih serius dengan membuka restoran pertamanya berhampiran Los Angeles.
"Saya rasa perkara itu seperti mimpi," Nguyen, 25, memberitahu AFP baru-baru ini di Di Di, restorannya di pinggir bandar Hollywood Barat.
"Sejujurnya saya tidak menjangka ia akan datang secepat ini."
Nguyen mula mendalami bidang masakan dengan belajar di sekolah masakan dan dia benar-benar menguasai gastronomi (kajian hubungan antara budaya dan masakan) apabila dia memanfaatkan warisan itu.
"Saya tidak belajar memasak sehinggalah, saya mula teringat kembali rasa masakan ibu saya."
(Nguyen sedang memasak Nasi Goreng Di Di di restorannya/AFP)
Nguyen dari Vietnam berhijrah ke Amerika Syarikat bersama keluarganya semasa kecil sering memuji ibu dan bapa tirinya. Mereka merupakan idola utamanya di dapur.
"Mereka mengingatkan saya setiap kali saya berada di dapur untuk memasak dan menjadikan masakan enak selain mempercayai air tangannya," kata Nguyen.
Pada awalnya Nguyen memuat naik video makan (mukbang) hanya untuk keseronokan namun, video masakannya menjadikan dia semakin dikenali di platform TikTok.
Nguyen berjaya menarik minat pengguna di aplikasi itu belajar mencipta resepi masakan.
"Ketika itulah saya sedar ini merupakan peluang kepada saya untuk belajar, malah berkongsi pelbagai jenis masakan saya."
Kebanyakan tukang masak meningkat naik dengan membuka restoran sebelum mereka dikenali sebagai pempengaruh di media sosial.
Nguyen mencuba pendekatan sebaliknya dan mula membawa hidangan secara dalam taliannya ke dunia nyata. Di Di merupakan restoran yang dibuka oleh Nguyen.
Nguyen juga tidak merasakan hanya dengan berkongsi resipinya di aplikasi media sosial akan menjejaskan perniagaan restorannya.
"Banyak resipi yang saya kongsi secara dalam talian sangat mudah untuk diikuti, " kata Nguyen.- AFP