fb fb fb fb fb

Hujan lebat landa Monza, Itali

(Tangkap layar rakaman yang dikongsi
pengguna di media sosial/Foto Reuters)

DESIO, 25 Julai- Hujan lebat dan tiupan angin kencang melanda wilayah timur laut Itali di Monza, pada Selasa.

Rakaman dikongsi pengguna di laman media sosial menunjukkan angin kencang, kilat dan ribut berterusan, berlaku hingga malam.

Keadaan itu menyebabkan kenderaan dan beberapa papan tanda jalan rosak, dihempap pokok tumbang.

Monza, Milan dan sebahagian besar kawasan sekitarnya kekal di bawah amaran cuaca jingga untuk ribut petir, hingga pagi ini.

Itali bergelut dengan cuaca ekstrem yang berbeza beberapa hari kebelakangan ini, selepas kebakaran hutan serta suhu meningkat telah menjejaskan wilayah selatan Calabria dan pulau Sicily.-REUTERS

(Foto Reuters)

Media Baharu