fb fb fb fb fb

Hina al-Quran: Algeria panggil Utusan Khas Denmark, Sweden

(Seorang lelaki membaca al-Quran/AFP)

ALGIERS, 25 Julai- Kerajaan Algeria telah memanggil Utusan Khas Denmark dan Sweden untuk mengutuk perbuatan menghina al-Quran baru-baru ini di Copenhagen dan Stockholm.

Kementerian luar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa duta Denmark dan wakil kedutaan Sweden dipanggil untuk menyampaikan bantahan secara rasmi.

"Algeria juga mengutuk dengan tegas perbuatan tidak bermoral dan tidak bertamadun yang menyasarkan semua yang suci bagi umat Islam di seluruh dunia.

"Hujah bahawa demonstrasi seumpama itu dibenarkan atas nama kebebasan bersuara tidak boleh diterima.

"Perbuatan tercela ini bertentangan dengan nilai toleransi dan hanya berfungsi untuk menghidupkan semula kebencian dan Islamofobia," tegas kenyataan itu. -AFP

(Algeria telah memanggil utusan Denmark dan Sweden untuk mengutuk perbuatan
menghina al-Quran baru-baru ini di Copenhagen dan Stockholm/Foto fail)

Media Baharu