fb fb fb fb fb

Tujuh pegawai polis terbunuh di Peru akibat diserang hendap

PERU, 12 Februari- Tujuh orang pegawai polis terbunuh selepas diserang hendap di kawasan tengah Peru yang terkenal dengan pengeluaran kokain.

Menurut pihak berkuasa, serangan itu berlaku di bandar Natividad, di kawasan terpencil Andes dan hutan yang dikenali sebagai VRAEM, atau Valle de los Rios Apurimac, Ene y Mantaro, yang mengeluarkan 75% daripada kokain negara Amerika Selatan.


(Foto hiasan)

“Kami berduka atas kehilangan saudara polis kami yang diserang hendap ketika mereka dalam perjalanan dengan kenderaan polis di bandar Natividad di Vraem,” kata Polis Negara Peru dalam akaun Twitternya.

Tambahnya, seorang pegawai polis tambahan terlibat dalam serangan itu terselamat.

Pihak berkuasa tidak menuduh mana-mana organisasi atas serangan itu. Bagaimanapun, kawasan tersebut menjadi tumpuan kumpulan pengedar dadah dan kumpulan pemberontak Maois Shining Path.

VRAEM merupakan kawasan pergunungan seluas Puerto Rico, adalah pusat operasi berterusan oleh pasukan keselamatan terhadap saki-baki Shining Path, yang menurut polis bertindak sebagai "pengawal peribadi" bagi pengedar dadah.- REUETERS

Media Baharu