fb fb fb fb fb

Tujuh maut dalam kebakaran pusat beli belah di Korea Selatan

(Pusat beli belah di Daejeon, Korea Selatan yang terbakar meragut nyawa
sekurang-kurangnya 7 orang/REUTERS)


SEOUL, 26 September- Kebakaran yang berlaku di sebuah pusat beli belah di Korea Selatan, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh maut dan seorang cedera parah, menurut kenyataan pihak bomba tempatan.

Pengerusi Hyundai Department Store Group, Chung Ji-sun yang mengendalikan pusat beli belah itu, berkata pihaknya sudah memeriksa tempat kejadian dan meminta maaf atas insiden luar jangka itu.

Pihak bomba mengesahkan kebakaran bermula dari ruang bawah tanah iaitu tempat kargo sekitar 7.45 pagi waktu tempatan sebelum operasi perniagaan pusat beli belah itu bermula.

Tiada pelanggan berada di sekitar kedai kerana kebakaran berlaku sebelum waktu perniagaan.

Kira-kira 100 orang yang menginap di sebuah hotel berdekatan telah dipindahkan dan kira-kira 120 anggota dikerah untuk memadamkan kebakaran, menurut jurucakap bomba, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.-REUTERS

(Usaha anggota penyelamat membawa mangsa untuk dikejarkan ke hospital berdekatan
menggunakan ambulans/REUTERS)

 

Media Baharu