WASHINGTON, 20 Oktober- Tujuh orang terbunuh apabila laluan dermaga runtuh di negeri selatan Georgia semalam ketika orang ramai menghadiri festival di Pulau Sapelo.
Menurut Jabatan Sumber Asli Georgia, sekurang-kurangnya 20 orang tercampak dalam air dengan beberapa mangsa mengalami kecederaan.
Insiden terbabit berlaku semasa festival meraikan komuniti kecil Gullah-Geechee, keturunan hamba Afrika di ladang selatan Amerika Syarikat (AS).
Punca runtuhan masih dalam siasatan.
Naib Presiden AS, Kamala Harris berjanji Kerajaan Persekutuan akan memberi sokongan yang diperlukan oleh komuniti tersebut sambil menekankan pentingnya untuk terus menghormati sejarah dan budaya Gullah-Geechee.
Gabenor Georgia, Brian Kemp turut menyuarakan rasa sedihnya dan menyeru penduduk Georgia agar berdoa untuk mangsa serta keluarga mereka. -AFP