fb fb fb fb fb

Trump yakin rundingan perdagangan dengan China berjalan lancar

Foto AFP

WASHINGTON, 31 Julai – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan keyakinan bahawa rundingan perdagangan dengan China sedang berjalan dengan baik dan beliau menjangka mencapai perjanjian yang sangat adil dengan Beijing, yang sebelum ini menentang tarif Amerika.

“Hubungan dengan China berjalan lancar, saya percaya semuanya akan berjaya,” katanya kepada wartawan selepas majlis menandatangani perjanjian, di sini.

Dalam pada itu, Trump juga mengulas keputusan beliau mengenakan tarif tinggi ke atas eksport India bermula 1 Ogos ini.

“Mereka mempunyai salah satu tarif tertinggi di dunia, kini mereka bersedia mengurangkannya dengan ketara. Kami sedang berbincang dengan India, kita lihat apa yang akan berlaku,” tambahnya.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN