fb fb fb fb fb

30 terbunuh ketika menunggu bantuan kemanusiaan di Gaza

Foto AFP

GAZA, 31 Julai - Sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin terbunuh, manakala 300 lagi cedera apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan di utara Gaza.

Jurucakap pertahanan awam, Mahmud Bassal berkata, kejadian berlaku sekitar tiga kilometer barat daya pintu sempadan Zikim yang menjadi laluan bantuan masuk ke Gaza.

Sementara itu, Pengarah Hospital Al-Shifa di Gaza, Mohammed Abu Salmiya mengesahkan menerima 35 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden itu.

Kejadian tersebut berlaku selepas 14 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam empat insiden berasingan pada hari yang sama, tiga daripadanya berhampiran pusat pengagihan bantuan.

Gaza kini menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin memburuk selepas hampir 22 bulan konflik, dengan lebih dua juta penduduknya kini menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin serius.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN