TURKIYE, 31 Julai – Penduduk di tenggara Turkiye kini menghadapi cabaran besar menahan suhu yang mencatatkan rekod nasional melebihi 50 darjah Celsius.
Menurut Jabatan Meteorologi, pada 25 Julai lalu, suhu di Silopi dicatatkan mencecah 50.5°C sehingga mengakibatkan penduduk di kawasan tersebut tidak mampu menangani tahap panas tersebut.
Sementara itu, pekerja di kedai kebab tempatan, Cemil Seher berkata terpaksa berkongsi beban kos elektrik akibat penggunaan penghawa dingin yang tinggi.
Keadaan tersebut menyebabkan ramai terpaksa menyesuaikan diri dengan cuaca luar biasa yang membahayakan kesihatan dan aktiviti harian.