fb fb fb fb fb

India ambil tindakan susulan keputusan tarif AS

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump

NEW DELHI, 30 Julai – Kerajaan India mengesahkan telah mengambil maklum mengenai keputusan tarif perdagangan dua hala yang diumumkan oleh Amerika Syarikat dan sedang meneliti implikasinya.

Presiden Amerika, Donald Trump mengumumkan pengenaan tarif 25 peratus ke atas barangan import dari India berkuat kuasa 1 Ogos ini, selain mengenakan sekatan tidak spesifik berkaitan pembelian senjata dan minyak dari Rusia, yang berpotensi menjejaskan hubungan antara dua negara demokrasi terbesar dunia.

Pakar industri di India menjangkakan bahawa negara itu kini akan menumpukan perhatian kepada pasaran alternatif seperti United Kingdom dan Kesatuan Eropah, yang mana India telah pun menandatangani perjanjian perdagangan.

Keputusan Amerika tersebut memberi impak lebih berat kepada India berbanding rakan dagang utama lain dan berisiko menggugat rundingan berbulan-bulan antara kedua-dua negara, sekali gus melemahkan kedudukan India sebagai rakan strategik penting Washington serta pengimbang kuasa kepada China.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN