fb fb fb fb fb

India lancar satelit radar berimej pantau iklim global

Satelit NISAR

SRIHARIKOTA, 31 Julai – India melancarkan satelit radar berimej berharga $1.5 bilion, yang pertama seumpamanya, dibangunkan secara kerjasama dengan NASA, bagi meningkatkan pemantauan global terhadap perubahan iklim dan bencana alam.

Satelit NISAR (NASA-ISRO Synthetic Aperture Radar) dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan menggunakan roket pengangkut sederhana, sekali gus memperkukuh kerjasama angkasa antara India dan Amerika Syarikat dengan menggunakan dua frekuensi radar iaitu jalur L (NASA) dan jalur S (ISRO).

NISAR mampu mengesan pergerakan permukaan bumi sekecil satu sentimeter dan akan memetakan seluruh planet setiap 12 hari. Satelit seberat lebih satu tan itu kini berada di orbit segerak matahari pada ketinggian 747 kilometer dari permukaan bumi.

Data yang dikumpul akan disediakan secara percuma kepada pengguna di seluruh dunia bagi tujuan penyelidikan dan tindak balas bencana.

Pelancaran tersebut mengukuhkan kedudukan India sebagai kuasa angkasa lepas global, susulan kejayaan Chandrayaan-3 dan perancangan misi Gaganyaan, selain hasrat membina stesen angkasa sendiri menjelang 2035.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN