WASHINGTON, 12 Jun - White House menegaskan bahawa Presiden Donald Trump tidak akan membenarkan sebarang bentuk 'kekacauan' susulan gelombang protes terhadap dasar imigresennya.
"Trump tidak akan sekali-kali membenarkan kekacauan menguasai Amerika," kata Setiausaha Akhbar, Karoline Leavitt dalam satu sidang media.
Beliau menambah, "Tanggungjawab paling asas sesebuah kerajaan ialah mengekalkan undang-undang dan ketenteraman dan pentadbiran itu memikul amanah tersebut dengan penuh komitmen." katanya lagi. - AFP