fb fb fb fb fb

Serangan udara Israel di Selatan Lubnan ragut satu nyawa

Foto fail/ AFP

LUBNAN, 12 Jun - Seorang dilaporkan maut dan tiga lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas sebuah perkampungan di selatan Lubnan, pada Rabu.

Menurut Kementerian Kesihatan, ia merupakan serangan terbaharu selepas perjanjian gencatan senjata yang dimeterai pada November lalu.

"Serangan yang dilakukan oleh dron musuh Israel ke atas bandar Beit Lif, di daerah Bint Jbeil, telah mengorbankan seorang orang awam dan mencederakan tiga orang," menurut kenyataan kementerian itu.

Agensi Berita Kebangsaan rasmi melaporkan bahawa serangan tersebut menyasarkan halaman sebuah rumah di bandar itu, dengan peluru berpandu mengenai kereta milik pemilik rumah tersebut. - AFP

TETITIA YUSOFF