BAITULMAQDIS, 12 Jun - Argentina akan memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis, tahun depan.
Perkara itu diumumkan Presidennya, Javier Milei.
"Saya berasa bangga untuk mengumumkan kepada anda bahawa pada 2026, kami akan melaksanakan pemindahan kedutaan kami ke bandar Baitulmaqdis barat,” kata Milei dalam ucapan di Israel semasa lawatan rasmi kenegaraan.
Ketika ini, kedutaan Argentina terletak berhampiran bandar pesisir Tel Aviv.
Beberapa negara lain, termasuk Amerika Syarikat, Paraguay, Guatemala dan Kosovo, telah memindahkan kedutaan masing-masing ke Baitulmaqdis dan ia bertentangan dengan konsensus antarabangsa.
Kebanyakan kedutaan asing ke Israel masih beroperasi dari Tel Aviv. - AFP