fb fb fb fb fb

Trump suarakan kebimbangan terhadap kebuluran di Gaza

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump/ AFP

ABU DHABI, 16 Mei- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata bahawa pihaknya akan menyelesaikan situasi di Gaza dan menyatakan kebimbangan terhadap rakyat Palestin yang sedang kebuluran di wilayah yang dikepung itu.

“Kami sedang memantau situasi di Gaza dan kami akan pastikan ia diselesaikan. Ramai orang di sana sedang kelaparan,” katanya ringkas kepada wartawan.

Kenyataan Trump itu dibuat ketika beliau menamatkan lawatan beberapa hari ke negara-negara Teluk.

Wilayah Gaza kini yang berada di bawah sekatan Israel menyebabkan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) serta agensi kemanusiaan lain memberi amaran tentang kehabisan bekalan bahan api dan ubat-ubatan untuk 2.4 juta penduduk Palestin.

Bagaimanapun, pihak Israel berulang kali menafikan bahawa terdapat krisis kemanusiaan di Gaza.

Kenyataan Trump itu dibuat sehari selepas Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, menyatakan kesediaan untuk menerima cadangan baharu bagi menyampaikan bantuan ke Gaza, setelah pelan yang disokong AS dan Israel sebelum ini dikritik secara meluas. Rubio turut menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan kemanusiaan di wilayah tersebut.-AFP

ROSLINA BINTI DIN