GAZA, 16 Mei - 50 rakyat Palestin maut dalam serangan terbaharu Israel ke atas seluruh Gaza.
Serangan bertali arus dilancarkan sejak tengah malam hingga awal pagi tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Gaza, Mohammed al-Mughayyir memaklumkan, pengeboman tentera Israel menyasarkan kediaman orang awam.
"Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilaksanakan pihak berkuasa di lokasi terjejas," katanya.
Semalam, sekurang-kurangnya 50 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan tentera Israel yang dilancarkan selepas Subuh.
Di Khan Younis, belasan mayat mangsa dibawa keluar dari runtuhan bangunan, manakala 35 lagi terbunuh dalam 12 serangan berasingan di seluruh Semenanjung Gaza. - AFP