fb fb fb fb fb

13 cedera dilanggar kereta, rusuhan sebelum perlawanan Espanyol, Barcelona

Foto Reuters

BARCELONA, 16 Mei- Seramai 13 individu cedera termasuk empat parah, selepas sebuah kenderaan merempuh orang ramai di luar Stadium RCDE sebelum perlawanan La Liga, awal pagi tadi.

Perlawanan membabitkan pasukan RCD Espanyol dan FC Barcelona.

Menurut Sistem Kecemasan Catalonia, semua mangsa telah menerima rawatan perubatan di lokasi kejadian.

Rakaman insiden memaparkan kekecohan serta rusuhan berlaku sejurus selepas pelanggaran itu, termasuk aksi penyokong bertempiaran lari, anggota polis memukul orang awam dengan belantan dan beberapa individu membaling objek ke arah pihak berkuasa.

Kenderaan putih yang terlibat dalam pelanggaran turut kelihatan dalam rakaman tersebut.

Polis Catalonia mengesahkan bahawa pemandu tersebut telah pun ditahan.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM