TEHRAN, 16 Mei - Iran dijadual mengadakan perbincangan dengan Britain, Perancis dan Jerman berhubung isu nuklear, hari ini.
Mesyuarat di Turkiye itu dibuat selepas Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi memberi amaran mengenai akibat buruk jika kuasa Eropah mengenakan semula sekatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang ditarik balik menerusi perjanjian nuklear pada 2015.
Ketiga-tiga negara Eropah itu terlibat dengan perjanjian tersebut bersama-sama dengan China, Rusia dan Amerika Syarikat (AS).
Presiden AS, Donald Trump bagaimanapun melanggar perjanjian tersebut semasa penggal pertama pemerintahannya pada 2018.
Beliau mengenakan semula sekatan ke atas sektor perbankan dan eksport minyak Iran.
Setahun kemudian, Iran bertindak balas dengan menarik balik komitmennya berhubung pematuhan terhadap aktiviti nuklear.
Isnin lepas, Iran dengan AS mengadakan pusingan keempat rundingan nuklear di Oman.
Tehran menyifatkan perbincangan tersebut sebagai sukar, namun bermanfaat. - AFP