fb fb fb fb fb

Rundingan tamatkan perang Rusia-Ukraine berlangsung hari ini

- Foto AFP

ISTANBUL, 16 Mei - Rundingan bagi menamatkan perang Rusia dengan Ukraine dijadual berlangsung di sini, hari ini.

Ia julung kali diadakan kedua-dua pihak dalam tempoh tiga tahun.

Delegasi Rusia, diketuai Vladimir Medinsky, sudah berada di ibu negara Turkiye itu sejak semalam.

Dalam sidang medianya, Medinsky menyatakan, pihaknya menantikan kehadiran perwakilan Ukraine dan sudah bersedia untuk melaksanakan tugas.

"Delegasi kami tiba di Istanbul atas arahan Presiden (Vladimir Putin) untuk mengadakan rundingan dua hala secara langsung dengan Ukraine tanpa prasyarat," katanya.

Jelas beliau lagi, mesyuarat dengan Kementerian Luar Turkiye sudah diadakan untuk menjelaskan kedudukan negaranya dan ia berjalan lancar.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menerusi sidang media khas di Ankara semalam, menyuarakan harapan agar kedua-dua pihak menunjukkan komitmen penuh untuk berunding.

Keutamaan perlu diberi kepada pelaksanaan gencatan senjata tanpa syarat. - AFP

ANDY REZA ROHADIAN BIN KHAIRUL ANWAR