fb fb fb fb fb

Trump seru pendamaian namun tidak tolak kemungkinan perang

Foto AFP

WASHINGTON, 16 Jun - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyeru Iran dan Israel mencari jalan keluar ditengah-tengah ketegangan yang kian memuncak ketika ini.

Dalam sesi bertemu media di White House, Trump berkata sudah sampai masanya untuk mencapai satu perjanjian agar pertempuran terbuka ketika ini tidak merebak menjadi konflik lebih besar di rantau Asia Barat.

Bagaimanapun keikhlasan Trump diragui dan dilihat sebagai berat sebelah kerana enggan mengulas apabila ditanya samada beliau sudah meminta Israel menghentikan serangan udara ke atas Iran.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk satu perjanjian. Tetapi kadang-kadang mereka perlu berperang dahulu, kita akan lihat bagaimana keadaannya," ujarnya sebelum berlepas ke Kanada bagi menghadiri sidang kemuncak G7.

Ketegangan tercetus Jumaat lalu apabila Israel melancarkan serangan ke atas Iran yang menyasarkan pangkalan tentera, tapak nuklear, kawasan perumahan, serta membunuh beberapa komander tentera dan saintis nuklear kanan Iran. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN