fb fb fb fb fb

Trump rancang pentadbiran baharu tanpa Pompeo dan Haley

Foto AFP

WASHINGTON, 10 November- Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tidak akan melantik semula dua tokoh kanan dari pentadbirannya yang pertama.

Ini melibatkan bekas Setiausaha Negara, Mike Pompeo, dan bekas Duta AS ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley.

"Saya sangat menghargai kerja bersama mereka sebelum ini dan ingin mengucapkan terima kasih atas khidmat mereka kepada negara kita," kata Trump menerusi laman sosialnya, Truth Social.

Setakat ini, Trump hanya membuat satu pelantikan kabinet, dengan melantik pengurus kempen beliau, Susie Wiles, sebagai Ketua Staf White House

Beliau adalah wanita pertama yang dilantik ke jawatan penting sebagai penjaga pintu White House. – AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM