WASHINGTON, 28 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa menafikan laporan media yang mendakwa beliau sedang berusaha mengatur pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping.
"Berita palsu melaporkan bahawa saya sedang mencari "sidang kemuncak" dengan Presiden Xi. Ini tidak benar, saya tidak mencari apa-apa!” katanya menerusi perkongsian di platform Truth Social.
Trump menambah, kunjungan ke China hanya akan berlaku atas jemputan Presiden Xi.
"Jika tidak, tiada minat! Terima kasih atas perhatian anda," katanya lagi. -REUTERS