fb fb fb fb fb

Pyongyang bertegas teruskan program nuklear

Kim Yo Jong/ Foto AFP

PYONGYANG, 29 Julai - Korea Utara pada Selasa menegaskan bahawa Amerika Syarikat (AS) perlu menerima hakikat bahawa program nuklear negara itu tidak akan dihentikan.

Memetik agensi berita rasmi KCNA, adik perempuan kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, Kim Yo Jong berkata pendirian tersebut tidak pernah berubah sejak sidang kemuncak antara kedua-dua negara sebelum ini.

Beliau turut mengakui hubungan peribadi antara Kim dan Presiden AS ketika itu, Donald Trump, "tidaklah buruk".

Seorang pegawai White House ketika diminta mengulas berkata, Trump masih berpegang kepada matlamat asal tiga sidang kemuncaknya bersama Kim sepanjang penggal pertamanya.

Pertemuan pertama di Singapura pada 2018 menyaksikan kedua-dua pemimpin menandatangani perjanjian untuk menjadikan Semenanjung Korea bebas senjata nuklear.

Namun, sidang kemuncak seterusnya di Hanoi pada 2019 gagal berikutan perbalahan mengenai penghapusan sekatan antarabangsa terhadap Pyongyang. –REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM