fb fb fb fb fb

Korea Selatan tumpu rundingan perdagangan menguntungkan dengan AS

Foto REUTERS

INCHEON, 29 Julai - Korea Selatan akan berusaha mencapai perjanjian perdagangan yang saling menguntungkan dengan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Kewangan Korea Selatan, Koo Yun-cheol akan mengambil langkah tersebut, sebelum berlepas ke Washington untuk bertemu Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent.

"Pegawai Seoul kini giat berusaha mendapatkan perjanjian perdagangan menjelang tarikh akhir pada Jumaat bagi mengelakkan tarif berat yang diancam oleh Presiden AS, Donald Trump, terhadap eksport industri utama Korea Selatan ke negara itu," katanya menerusi kenyataan.

Rancangan Koo untuk ke Washington minggu lalu bagi mengadakan perbincangan dengan Bessent terpaksa ditangguhkan akibat pertindihan jadual Ketua Perbendaharaan AS itu.

Koo turut memaklumkan bahawa beliau akan menyertai Menteri Industri, Kim Jung-kwan, dan Menteri Perdagangan, Yeo Han-koo, yang sedang mengadakan rundingan dengan pegawai-pegawai AS, sebagai sebahagian daripada langkah menyeluruh menangani situasi itu. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM