fb fb fb fb fb

Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50% pemilikan AS

FOTO AFP

WASHINGTON, 20 Januari- Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump pada Ahad menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan itu pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi sambil menyatakan hasratnya agar Amerika Syarikat (AS) memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama berkenaan.

TikTok yang dimiliki oleh syarikat China, ByteDance berhenti beroperasi untuk 170 juta pengguna di Amerika Syarikat pada Ahad selepas undang-undang yang mengharamkan aplikasi itu berkuat kuasa.

Pengharaman itu berpunca daripada kebimbangan mengenai kemungkinan data rakyat Amerika disalahgunakan oleh pegawai China.

"Saya mahu Amerika Syarikat memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama ini," kata Trump menerusi media sosial. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA