BAYTUNYA, 20 Januari- Sekurang-kurangnya dua buah bas dengan tingkap berwarna gelap dilihat meninggalkan Penjara Ofer yang terletak di Tebing Barat yang diduduki Israel pada awal pagi Isnin.
Rakaman itu diambil beberapa jam selepas Hamas membebaskan tiga tebusan Israel di Gaza pada malam Ahad.
Pembebasan kira-kira 90 tahanan Palestin dijadualkan berlangsung pada Ahad iaitu hari pertama gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang merupakan sebahagian perjanjian dimeterai bagi menghentikan konflik berlarutan.
Namun, menjelang tengah malam tadi tiada pengumuman berkenaan pembebasan puluhan tahanan Palestin sehinggalah rakaman dua bas berkenaan awal pagi tadi.
Ratusan orang berkumpul di luar penjara tersebut, sementara kakitangan Palang Merah bersiap sedia untuk proses pertukaran tahanan yang dinanti-nantikan.
BERITA BERKAITAN