fb fb fb fb fb

Trump lawat Jepun selepas Malaysia minggu depan

Trump bertemu Maharaja Naruhito dalam lawatan ke Jepun pada 2019 / Foto REUTERS

TOKYO, 22 Oktober - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengadakan lawatan ke Jepun dari 27 hingga 29 Oktober depan.

Ketua Setiausaha Kabinet, Minoru Kihara dalam taklimat media memberitahu, semasa lawatan itu, beliau dijadual bertemu Maharaja Naruhito dan Perdana Menteri yang baharu, Sanae Takaichi.

"Kerajaan Jepun amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan Presiden Trump. Ia dilihat sebagai peluang berharga untuk mengukuhkan lagi pakatan AS-Jepun," menurutnya.

Kali terakhir Trump melawat Jepun ialah pada tahun 2019 atas jemputan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe.

Lawatan Trump ke Jepun merupakan sebahagian daripada jelajah ke Asia, yang bakal menyaksikan Presiden AS itu menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Malaysia dan lawatan rasmi ke Korea Selatan, minggu hadapan. -REUTERS

EMMI NORALIZA ADNAN