fb fb fb fb fb

Trump dedahkan calon Pengerusi Fed

Donald Trump/AFP

WASHINGTON, 6 September- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mendedahkan tiga calon utama bagi jawatan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), lapor Xinhua yang memetik media tempatan.

Menjawab pertanyaan seorang wartawan, Trump berkata calon berkenaan ialah Kevin Hassett, ketua Majlis Ekonomi Negara Rumah Putih; Kevin Warsh, bekas ahli lembaga gabenor Fed; dan Christopher Waller, seorang ahli ekonomi dan anggota semasa lembaga Fed.

Trump sejak beberapa bulan lalu berhasrat menggantikan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell yang penggalnya akan berakhir pada Mei 2026 kerana tidak menurunkan kadar faedah.

Pada 25 Ogos, Trump memecat Gabenor Rizab Persekutuan Lisa Cook atas dakwaan beliau melakukan penipuan gadai janji. Pada 28 Ogos, Cook memfailkan saman di sebuah mahkamah persekutuan di Washington, D.C., bagi menghalang pemecatan tersebut. -BERNAMA-XINHUA

SITI AISHAH BINTI MD ISA