fb fb fb fb fb

Trump buka pusat tahanan 'Alligator Alcatraz'

Trump ditemui media di luar White House - Reuters

WASHINGTON, 1 Julai – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bakal merasmikan pembukaan pusat tahanan migran berteknologi tinggi di Florida Everglades, yang digelar "Alligator Alcatraz". Ia sebagai sebahagian usaha memperketat kawalan imigresen dan mempercepatkan proses penghantaran pulang pendatang tanpa izin.

Kemudahan yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Miami itu dikelilingi kawasan paya luas yang dihuni buaya, buaya air masin, dan ular sawa, yang kini menjadi simbol ketegasan pentadbiran Trump dalam isu pengusiran migran.

Pusat yang dibina di Lapangan Terbang Latihan dan Peralihan Dade Collier itu dianggarkan menelan belanja sebanyak AS$450 juta setahun dan mampu menempatkan sehingga 5,000 tahanan pada satu-satu masa.

Trump turut mendesak Kongres supaya meluluskan rang undang-undang perbelanjaan besar bagi membiayai program deportasi yang lebih agresif. - REUTERS

TUN JULIA MOHD TAHIR