fb fb fb fb fb

Trong hadir sidang parlimen

Nguyen Phu Trong/REUTERS

HANOI, 15 Januari- Ketua Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong menghadiri sesi Perhimpunan Kebangsaan hari ini selepas kebimbangan yang ditimbulkan berkenaan kesihatannya.

Awal bulan ini Trong, 79, tidak tersenarai dalam jadual rasmi mesyuarat yang diadakan dengan pemimpin Vietnam termasuk lawatan Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone.

Perkara itu membawa kepada spekulasi meluas berkenaan keadaan kesihatannya. Menerusi laporan media tempatan kehadiran Trong ke dalam sidang dewan bersama-sama pemimpin lain berdiri di parlimen.

Menurut saksi Reuters sejurus selepas ucapan perasmian pengerusi, Trong dilihat keluar daripada dewan dengan bantuan pembantu.

Trong telah menerajui Parti Komunis yang memerintah sejak 2011 dan memegang jawatan tertinggi dalam sistem politik di Vietnam.

Dewan Negara sedang bersidang untuk membincangkan perbankan dan reformasi tanah.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI