(Orang ramai bersedih kerana tragedi rempuhan di stadium Kanjuruhan
di Malang, Jawa Timur pada 4 Oktober 2022/ AFP)
JAKARTA, 5 Oktober- Tragedi rempuhan di Stadium Kanjuruhan di bandar Malang, Indonesia yang menyebabkan 131 orang terkorban mencetuskan kemarahan terhadap polis negara itu, yang telah lama dituduh pengkritik menggunakan keganasan berlebihan.
Polis, yang menyifatkan pergolakan pada malam Sabtu lepas sebagai "rusuhan", berkata mereka cuba memaksa penyokong kembali ke tempat penonton dan melepaskan gas pemedih mata selepas mereka menceroboh padang.
Tetapi mangsa yang terselamat mendakwa polis menggunakan belantan dan melepaskan gas pemedih mata ke arah penonton yang tidak berdaya.
Mereka juga menuduh polis bertindak keterlaluan dan punca pertembungan yang menjadi salah satu tragedi berdarah paling buruk dalam sejarah bola sepak.
Sembilan pegawai elit polis yang digantung tugas selepas kejadian itu, masih dalam siasatan.
Kesemuanya adalah komander dalam Kor Briged Bergerak, atau Brimob, sebuah unit yang bertindak sebagai unit separa tentera operasi khas untuk pasukan polis Indonesia. -AFP
(Orang ramai bersedih kerana tragedi rempuhan di stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa
Timur pada 4 Oktober 2022/ AFP)