fb fb fb fb fb

Toyota gantung penghantaran 10 model kenderaan gagal ujian pensijilan diesel

FOTO HIASAN

TOKYO, 29 Januari- Syarikat pengeluar kereta Toyota menangguhkan penghantaran 10 model selepas kesalahan dikesan dalam ujian pensijilan enjin diesel yang dibangunkan oleh Toyota Industries.

Toyota Industries, dilaporkan tidak menjalankan ujian keluaran kuasa kuda yang betul untuk pensijilan tiga model enjin diesel.

Pembuat kereta itu berkata antara model yang terjejas, termasuk Land Cruiser 300 dan HiAce.

Toyota Industries berkata dalam satu kenyataan berasingan bahawa pekerjanya melaraskan jumlah suntikan bahan api untuk menjadikan data "lebih baik".

Syarikat itu juga berkata kesilapan lain ditemui berkaitan dengan proses pensijilan untuk enjin forklift dan peralatan pembinaan.

Terdahulu, Toyota Daihatsu, yang mengeluarkan kenderaan kecil popular di Jepun, terpaksa menggantung semua penghantaran bulan lepas selepas mendapati ia tidak menjalankan ujian keselamatan kenderaan dengan betul selama beberapa dekad.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE