SHANGHAI, 30 Julai - Seorang pencipta kandungan, Ashell, mencuri tumpuan media sosial selepas memuat naik video dirinya menyuap seekor harimau semasa kunjungan ke Taman Haiwan Liar Shanghai.
Dalam percutian singkat ke Shanghai, Ashell memilih pakej pengalaman premium di taman tersebut yang membolehkan pelawat memberi makan haiwan eksotik secara langsung termasuk harimau.
Rakaman detik mendebarkan itu dimuat naik ke platform TikTok, dan dengan pantas menjadi tular, meraih lebih 4 juta tontonan setakat berita ini diterbitkan. - AFP