BALI, 27 Jun- Polis Bali mendedahkan butiran lanjut tiga warga Australia berhubung insiden tembakan maut di sebuah vila di pulau peranginan itu awal bulan ini.
Menerusi sidang media pada Khamis, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 22 hingga 27 tahun itu dibawa ke sidang media selepas ditahan berikutan serangan yang telah mengorbankan Zivan Radmanovic, 32 tahun, yang juga warga Australia.
Bagaimanapun seorang lagi rakyat Australia, Sanar Ghanim, 35 tahun, dilaporkan cedera parah dalam kejadian tersebut.
Ketua Polis Wilayah Bali, Daniel Adityajaya memaklumkan bahawa kejadian berlaku di Villa Casa Santisya 1.
"Pada Sabtu, 14 Jun kira-kira 12.15 tengah malam waktu tempatan, seorang saksi yang tinggal di sebelah Villa Casa Santisya terdengar bunyi kekecohan diikuti dengan bunyi letupan kuat," katanya.
Seorang saksi yang menetap bersebelahan dengan vila berkenaan terdengar bunyi kekecohan diikuti dengan bunyi letupan kuat sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Mereka kemudian masuk ke dalam vila dan menjumpai seorang lelaki warga asing yang dikenali sebagai ZR dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik air dan disahkan telah meninggal dunia," tambahnya.
Motif kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.- REUTERS