fb fb fb fb fb

Tiga terbunuh serangan udara junta Myanmar di Rakhine

Foto AFP

KYAUKTAW, 15 Mei – Tiga orang awam dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Myanmar di Kyauktaw, Rakhine, pada 14 Mei lalu, menurut kenyataan penduduk tempatan.

Serangan itu mencetuskan suasana panik apabila jet pejuang dilihat berlegar di ruang udara dan letupan kedengaran kuat di kawasan penempatan.

Penduduk dilihat bertempiaran lari menyelamatkan diri, sementara yang lain cuba mengumpulkan barangan dari rumah yang musnah akibat serangan.

Insiden itu berlaku ketika junta Myanmar didakwa meningkatkan kempen serangan udara bagi mengekang kemaraan kumpulan penentang bersenjata di pelbagai wilayah.

Awal minggu ini, satu lagi serangan udara dilaporkan di kawasan tengah Myanmar, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak dan dua orang guru di sebuah sekolah, menurut saksi dan pegawai tempatan.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN