fb fb fb fb fb

Tiga maut, satu cedera kejadian tembakan di AS

(FOTO AFP)

MARYLAND, 10 Jun- Sekurang-kurangnya tiga maut manakala seorang cedera parah dalam kejadian tembakan di sebuah kilang di utara Maryland, Amerika Syarikat, semalam.

Kejadian turut menyebabkan suspek dan seorang anggota polis cedera semasa berbalas tembakan.

Pejabat Sherif Daerah Washington dalam satu kenyataan berkata, kejadian kira-kira pukul 2.30 petang waktu tempatan itu berlaku di kilang Columbia Machine.

(Lokasi kejadian tembakan di Utara Maryland, AS/ AFP)

Suspek didapati telah melarikan diri selepas insiden itu namun berjaya ditahan di Hagerstown, sebuah bandar berdekatan.

Namun ia dikategorikan sebagai kejadian terpencil dan tidak melibatkan ancaman kepada masyarakat.

Setakat ini, identiti suspek dan motif kejadian masih belum didedahkan. -AFP

Media Baharu