fb fb fb fb fb

Tiga maut pesawat ringan terhempas di Switzerland

(Foto hiasan)

GENEVA, 21 Mei- Sebuah pesawat pelancong terhempas di kawasan hutan dan pergunungan di barat Switzerland pada Sabtu, membunuh tiga orang di dalamnya.

Menurut polis wilayah Neuchâtel, pesawat ringan itu terhempas di kawasan curam berhampiran Les Ponts-De-Martel, sekitar pukul 10.20 pagi waktu tempatan.

“Juruterbang dan dua penumpang maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan tanpa memberikan butiran lanjut mengenai mangsa.

Pesawat itu didaftarkan di Switzerland dan berlepas dari lapangan terbang Chaux-d-Fonds untuk penerbangan bersiar-siar.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan dalam skala besar, namun berdepan kesukaran susulan tapak nahas terletak di permukaan bumi yang mencabar.

"Punca nahas masih tidak jelas dan siasatan masih dijalankan," jelasnya lagi. -AFP

(Les Ponts-De-Martel)

Media Baharu