fb fb fb fb fb

Paraguay kesan kes selesema burung

(Foto AFP)

PARAGUAY, 21 Mei- Perkhidmatan Kesihatan dan Kualiti Haiwan Kebangsaan (SENACSA) telah mengesan kes selesema burung di sini.

Penyakit terbabit ditemui pada haiwan peliharaan di bandar Mariscal Estigarribia dan Neuland.

Menurut SENACSA, kesemua haiwan itu dari kawasan penternakan Mennonite.

Katanya, ayam-ayam itu berkemunginan berjangkit melalui burung yang berhijrah.

"Burung-burung di kawasan penternakan itu akan disembelih untuk menghapuskan punca jangkitan.

"Di Amerika Latin, wabak ini telah merebak beberapa bulan kebelakangan ini.

"Pada 2021, puluhan juta ayam telah dimusnahkan, burung liar dan mamalia mati secara besar-besaran di seluruh dunia.

"Wabak ini juga boleh menjangkiti manusia dan membawa gejala seperti demam, batuk dan cirit-birit. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu