fb fb fb fb fb

Tiga lagi terbunuh dalam serangan Israel

Foto REUTERS

GAZA, 10 Jun- Rakyat Palestin berkumpul di Gaza hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa serangan Israel, termasuk anggota perubatan dan wartawan.

Menurut laporan agensi berita Shehab, tentera Israel membunuh tiga anggota perubatan dan seorang wartawan dalam serangan di kawasan kejiranan Tuffah, Gaza.

"Ketiga-tiga penyelamat itu terbunuh ketika mereka berusaha menyelamatkan individu yang cedera dan memindahkan mayat di kawasan tersebut," menurut laporan itu.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza melaporkan bahawa serangan berterusan Israel sejak Oktober 2023 telah menyebabkan lebih 54,927 rakyat Palestin terkorban, dengan majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak.

Serangan itu juga telah memusnahkan sebahagian besar kawasan padat penduduk di Gaza. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM