fb fb fb fb fb

Tiga kebakaran hutan terus marak di Minnesota

Foto REUTERS

MINNESOTA, 15 Mei- Tiga kebakaran hutan dilaporkan terus marak di bahagian utara Minnesota, Amerika Syarikat (AS), pada Rabu.

Menurut laman web rasmi kerajaan AS, Wildfire.gov, kebakaran di Jenkins Creek mencatatkan kawasan terbakar melebihi 20,000 ekar.

"Kebakaran di Camp House telah membakar hampir 12,000 ekar kawasan hutan, manakala kebakaran di Munger Shaw meliputi 1,300 ekar," menurut kenyataan itu.

Media tempatan melaporkan lebih 140 struktur musnah akibat kebakaran di Camp House.

Usaha pemadaman api sedang giat dijalankan termasuk menggunakan bantuan udara.

Pihak berkuasa menjangkakan hujan yang diramal turun pada Rabu dan Khamis dapat membantu mengurangkan kebakaran daripada terus merebak.

Perkhidmatan Hutan AS sebelum ini memaklumkan kebakaran berkenaan mula dikesan pada Isnin lalu.- REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM