fb fb fb fb fb

Denggi, chikungunya dijangka jadi endemik di Eropah

Foto REUTERS

PARIS, 15 Mei– Penyakit demam denggi dan chikungunya dijangka menjadi endemik di Eropah susulan penularan nyamuk Aedes albopictus ke kawasan utara akibat pemanasan global.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet Planetary Health, peningkatan suhu sejak 2010 menyumbang kepada peningkatan kes di negara seperti Itali, Croatia, Perancis dan Sepanyol.

Lebih 300 kes denggi direkodkan di Kesatuan Eropah pada 2024, berbanding hanya 275 kes dalam 15 tahun sebelumnya.

Kajian turut memberi amaran bahawa jangkitan boleh meningkat lima kali ganda menjelang 2060 sekiranya perubahan iklim tidak dikawal.

Pulau La Réunion milik Perancis turut dilanda wabak chikungunya baru-baru ini, manakala nyamuk tiger juga mampu menyebarkan virus zika dan West Nile.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM