fb fb fb fb fb

Tiga ditahan buat gurauan 'keganasan sushi'

 (Suspek yang dipercayai telah mencetuskan gelombang insiden peniru 'keganasan sushi' di Jepun)

TOKYO, 9 Mac- Tiga individu ditahan selepas merakam gurauan melampau ke atas hidangan sushi di sebuah restoran di Jepun yang mencetuskan kemarahan orang ramai secara dalam talian.

Polis mendakwa suspek cuba mengganggu rangkaian perniagaan restoran Kura Sushi yang menerima pelbagai aduan daripada pelanggan selepas video terbabit tular.

Rakaman dikenali 'keganasan sushi' itu menunjukkan seorang suspek meminum kicap secara terus daripada botol, sejurus mengambil sushi di sawat penyampai menggunakan tangan terus ke dalam mulutnya.

Ia kemudian dengan pantas menjadi tular di media sosial sehingga diikuti beberapa individu lain dan mencetuskan gelombang insiden peniru.

Polis tempatan hari ini berkata, tiga individu dari wilayah Aichi tengah, masing-masing Ryoga Yoshino, 21, seorang gadis berusia 15 tahun dan lelaki berusia 19 tahun, sudah ditahan.

Katanya, tindakan suspek menyebabkan pekerja di Kura Sushi terpaksa melakukan pembersihan segera, selain 'menyukarkan operasi perniagaan'.

Tangkapan itu dipercayai tangkapan pertama bagi insiden berkenaan yang menimbulkan kekecohan di Jepun.

Biarpun pertuduhan belum difailkan, 'gangguan perniagaan secara paksa' memperuntukkan hukuman berat di bawah undang-undang Jepun, termasuk kemungkinan hukuman penjara tiga tahun. -AFP

(Seorang individu menjilat cawan dan meletakkan semula di sawat penyampai,
manakala satu lagi video 
merakam seorang lelaki meletakkan
semula sushi yang sudah diusik)

Media Baharu