fb fb fb fb fb

Bekas perdana menteri Fiji didakwa salah guna kuasa

(Foto Reuters)

SUVA, FIJI, 9 Mac- Bekas perdana menteri Fiji, Frank Bainimarama didakwa atas tuduhan menyalahgunakan jawatan, menurut pendakwa raya kerajaan.

Beliau yang memimpin negara Pulau Pasifik itu kalah tipis dalam pilihan raya, pada Disember.

Bainimarama, yang tidak dapat dihubungi Reuters bagi mendapatkan reaksi segera dilihat berjalan memasuki Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis Fiji di ibu negara, Suva, pada Khamis.

Pengarah Pendakwaan Awam Fiji, Christopher Pryde, telah membenarkan pertuduhan menyalahgunakan jawatan terhadap Bainimarama dan Sitiveni Qiliho, sekutu utama yang kini digantung tugas sebagai pesuruhjaya polis.

Tuduhan itu berkaitan aduan oleh Universiti Pasifik Selatan pada 2019.

Kedua-duanya telah didakwa menamatkan "penyiasatan polis" terhadap aktiviti bekas kakitangan universiti itu.-REUTERS

(Bainimara keluar dari kenderaan dan berjalan masuk ke
Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis Fiji/Foto Reuters)

Media Baharu