fb fb fb fb fb

Polis Indonesia bakar 11 hektar ladang ganja

(Pokok ganja dibakar yang ditanam di sebuah ladang di Aceh Besar, Indonesia dibakar pihak berkuasa/Reuters)

ACEH BESAR, 9 Mac- Sebuah ladang ganja berkeluasan 11 hektar di sini dekat Sumatera Utara dimusnahkan dan dibakar polis Indoneia pada Rabu.

Ladang ganja terbabit berjaya dikesan pihak berkuasa dalam satu operasi pada bulan lalu.

"Jika digabungkan dengan satu lagi ladang di Aceh Barat, jumlah keluasannya ialah 43 hektar, yang menghasilkan 190,000 batang ganja yang sedia untuk dituai," kata Ketua Polis Aceh, Ahmad Haydar kepada pemberita di sini.

Indonesia mempunyai undang-undang dadah antara yang paling ketat di dunia.

Pada 2017, Presiden Joko Widodo memberitahu pegawai penguatkuasa undang-undang untuk menembak pengedar dadah bagi menangani 'darurat dadah'.

Tahun lalu, Mahkamah Perlembagaan Indonesia menolak semakan kehakiman terhadap undang-undang narkotik negara yang akan membuka jalan untuk menghalalkan ganja sebagai kegunaan perubatan. -Reuters

 (Rakaman dron ladang ganja di Aceh Besar, Indonesia dan kepulan asap daripada
pokok ganja yang dibakar pihak berkuasa /Reuters)

 

 

Media Baharu