fb fb fb fb fb

Korea Utara 'mungkin' laksana ujian peranti nuklear

(Kim Jong Un/AFP & KCNA VIA KNS)

WASHINGTON, 9 Mac- Perisikan Amerika Syarikat (AS) dalam laporannya pada Rabu mendakwa pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un 'mungkin' menguji peranti nuklear sekali lagi.

Ia dipercayai bagi membolehkan senjata nuklear dijadikan sebagai 'penjamin utama' pemerintahan Jong Un, menurut Laporan Penilaian Ancaman Tahunan 2023

Katanya, Jong Un mungkin akan terus menguji peluru berpandu berkeupayaan nuklear dalam usaha 'menormalkan ujian senjata Pyongyang'.

"Korea Utara mungkin sedang bersedia untuk menguji peranti nuklear bagi meneruskan matlamat pemodenan ketenteraan dinyatakan.

"Senjata nuklear dan ICBM hampir pasti dilihat sebagai penjamin muktamad pemerintahan autokratik Jong Un," kata laporan disediakan Pejabat Pengarah Perisikan Negara AS.

Korea Utara sudah melancarkan enam ujian nuklear sejak 2006.

Ujian nuklear terakhirnya adalah pada 2017.

Korea Utara sejak beberapa tahun lalu, menguji peluru berpandu antara benua dan balistik pada kadar semakin pantas dan membedil lebih 60 daripadanya pada 2022 sahaja. -AFP


(Kim Jong Un/AFP & KCNA VIA KNS)

 

Media Baharu