fb fb fb fb fb

Kereta api tergelincir langgar runtuhan batu di Virginia

(Kereta api barang CSX tergelincir di Sandston, Virginia pada 8 Mac 2023/Reuters)

SANDSTON, 9 Mac- Sebuah kereta api barang tergelincir dan terbakar selepas melanggar runtuhan batu di sini, dekat Virginia barat, Amerika Syarikat pada awal Rabu, menyebabkan tiga anak kapal cedera.

Nahas terbabit turut menumpahkan sejumlah bahan api diesel ke sungai berhampiran.

Maklumat awal daripada pemilik kereta api, CSX Corp memaklumkan, empat lokomotif dan sembilan gerabak kosong terlibat dalam kejadian itu.

Jelas pihak itu, insiden tidak mendatangkan bahaya kepada penduduk sekitar dengan kerja-kerja pengalihan dan pembersihan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Kejadian juga sedang dipantau oleh pihak Pentadbiran Rel Persekutuan (FRA). -Reuters

(Tiga cedera dalam kejadian kereta api barang CSX tergelincir di Sandston, Virginia
pada 8 Mac 2023/Reuters)

Media Baharu