fb fb fb fb fb

Rempuhan Stadium Kanjuruhan: Pegawai perlawanan dipenjara 18 bulan

(Foto Reuters)

SURABAYA, 9 Mac- Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara setahun enam bulan terhadap seorang pegawai perlawanan bola sepak selepas didapati cuai semasa kejadian rempuhan di Stadium Kanjuruhan, Oktober tahun lalu.

Pegawai perlawanan, Abdul Haris didapati bersalah "kerana kecuaiannya sehingga mengakibatkan kematian orang awam," kata hakim di mahkamah di Surabaya.

"Saya mengisytiharkan defendan Abdul Haris secara sah dan meyakinkan didapati bersalah melakukan jenayah kerana kecuaian. Ia menyebabkan kematian orang awam dan ramai cedera parah," kata Hakim, Abu Achmad Shiddqi Hamsya.

Sebelum ini, Siasatan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Indonesia mendapati punca utama rempuhan itu disebabkan tindakan polis melepaskan 45 das tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai.

Tindakan tersebut sebenarkan diharamkan badan induk dunia bola sepak FIFA sebagai langkah mengawal orang ramai.

(Gambar fail pada 10 November 2022, menunjukkan peminat bola sepak menghadiri
perhimpunan di hadapan balai raya di Malang, Indonesia menuntut Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI)
bertanggungjawab, adil dan telus berhubung rempuhan maut di Stadium Kanjuruhan yang meragut 135 nyawa/Foto AFP)

Sementara itu, seorang lagi pegawai perlawanan akan mendengar keputusannya pada Khamis ini.

Manakala tiga pegawai polis turut didakwa atas kesalahan yang sama dan kes mereka akan diputuskan kemudian.

Dalam kejadian Oktober tahun lalu, perlawanan bola sepak di Malang Jawa Timur itu berakhir dengan kekecohan apabila ramai merempuh untuk keluar selepas polis melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai.

Kejadian mengakibatkan 135 penonton maut.-REUTERS

Media Baharu