fb fb fb fb fb

Pembedahan buku lali Neymar diketuai pakar Britain

(Neymar menggunakan tongkat ketika menyaksikan Liga Perancis antara PSG dan FC Nantes
di Stadium Parc des Princes di Paris pada 4 Mac 2023/AFP)

DOHA, 9 Mac- Operasi pembedahan ligamen buku lali bintang bola sepak Brazil, Neymar akan diketuai oleh pakar bedah terkenal Britain, Profesor James Calder.

Neymar akan menjalani pembedahan itu di Hospital Aspetar di sini.

“Pakar bedah buku lali hospital berkenaan, Profesor Pieter D'Hooghe dan pakar bedah buku lali terkenal, Profesor James Calder dari London akan melakukan pembedahan itu," menurut kenyataan hospital tersebut hari ini.

Prosedur terbabit memerlukan Neymar berehat sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan, sekali gus mengesahkan dia bakal terlepas baki saingan musim ini.

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) berusia 31 tahun itu pernah dirawat di hospital sama oleh Calder pada 2019 akibat kecederaan tulang metatarsal.

“Saya akan kembali lebih kuat,” kata Neymar yang telah menjaringkan 18 gol dalam semua pertandingan untuk PSG musim ini, di Twitter.

Aksi terakhirnya adalah ketika PSG menewaskan Lille 4-3 pada bulan lalu dan diketepikan untuk dua perlawanan terakhir pasukan tersebut. -AFP

(Neymar (kiri) cedera selepas bertembung dengan pemain tengah Lille, Benjamin Andre
semasa perlawanan 
Liga Perancis antara PSG dan Lille di Stadium Parc des Princes
di Paris pada 19 Februari 2023/AFP)

 

Media Baharu