fb fb fb fb fb

Lima orang maut serangan terbaharu Rusia

(Foto AFP)

KIEV, 9 Mac- Sekurang-kurangnya lima orang maut dalam operasi besar-besaran tentera Rusia di wilayah barat dan timur negara itu, kata pegawai Ukraine pada Khamis.

Gabenor Lviv, Maksym Kozytski berkata empat orang terbunuh dalam serangan peluru berpandu yang mengenai rumah mereka di daerah Zolochiv.

Manakala, seorang lagi maut dalam serangan di Dnipropetrovsk.

Seorang wanita berusia 28 tahun dan remaja lelaki berusia 19 tahun turut cedera.

40 peratus penduduk di Kiev pula berdepan dengan gangguan bekalan tenaga.

Sementara itu, Panglima tentera Ukraine, Valery Zaluzhny mendakwa pertahanan udaranya berjaya menembak jatuh 34 daripada 81 peluru berpandu yang dilancarkan Rusia di seluruh negara itu, malam tadi.-AFP

(Foto dari udara menunjukkan kemusnahan selepas serangan
peluru berpandu di daerah Zolochiv di Lviv/Foto AFP)

Media Baharu