fb fb fb fb fb

Anak perempuan Harry-Meghan dapat gelaran puteri

(Puteri Lilibet Diana/Twitter @misanharriman)

LONDON, 9 Mac- Lilibet Diana, anak kedua Putera Harry dan Meghan Markle rasmi menyandang gelaran puteri bagi Kerajaan Britain selepas pembaptisannya dalam satu upacara tertutup yang berlangsung di kediaman mereka di California pada Jumaat.

Mengesahkan pembaptisan tersebut kepada agensi berita PA, jurucakap pasangan Duke dan Duchess of Sussex itu merujuk Lilibet yang berusia 21 bulan sebagai Puteri Lilibet Diana.

Pada masa sama, Istana Buckingham mengesahkan kepada PA bahawa pihaknya sedang mengemas kini senarai pewaris diraja di laman sesawang rasmi.

Begitupun, anak pasangan itu, Archie Mountbatten-Windsor dan Lilibet Diana difahamkan akan berada dalam senarai ‘master' dan ‘miss’ di laman sesawang diraja.

Kedua-dua mereka mendapat gelaran putera dan puteri berikutan datuk mereka, Raja Charles III menaiki takhta pada September lalu.

Status Archie, 3, dan Lilibet berubah dari cicit menjadi cucu raja setelah kematian Ratu Elizabeth II tahun lalu, sekali gus melayakkan mereka mendapat gelaran diraja tersebut seperti yang ditetapkan Raja George V pada 1917.

Gelaran itu menjadi isu perbalahan selepas Putera Harry dan Meghan berhenti daripada kehidupan diraja dan berpindah ke California pada 2020. -AFP

(Lilibet duduk di bahu ayahnya, Putera Harry, manakala Meghan
mendukung Archie/Netflix)

Media Baharu